ADA, Darwinbox jalin kerjasama percepat transformasi digital HR | DagangNews Skip to main content

ADA, Darwinbox jalin kerjasama percepat transformasi digital HR

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Dis - Syarikat peneraju Asia di dalam perniagaan data bebas dan kecerdasan buatan (AI), ADA bekerjasama dengan firma peneraju penyedia teknologi sumber manusia (HR), Darwinbox bagi menjana transformasi digital HR.

 

Usaha sama dengan Darwinbox seiring dengan proses inisiatif penambahbaikan ADA, menyepadu dan mendigitalkan pemprosesan hujung ke hujung HR ke satu platform bagi kecekapan operasi serta produktiviti meningkatkan pengalaman kakitangan bagi 1,000 pasukan kerjanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif ADA, Srinivas Gattamneni berkata, pihaknya menjalankan perniagaan digital pertama yang menyasarkan untuk menyampaikan masa hadapan pemasaran, perdagangan dan pengalaman. 

 

"Sementara pasukan kami menyokong pelanggan dengan rumusan transformasi perdagangan dan maklumat mendalam pemasaran digital, kami juga melaksanakan sepenuhnya pendigitalan di peringkat dalaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menurut Srinivas, mereka telah menyaksikan transformasi progresif di dalam aliran kerja dan pasukan kerja sejak beberapa tahun ini dan mahu memastikan pasukannya dengan alat-alat yang mereka perlukan untuk terus berada di hadapan di dalam transformasi ini. 

 

Beroperasi merentasi 10 pasaran di Asia Selatan dan Asia Tenggaran, ADA akan menggunapakai Darwinbox ke seluruh tonggak utama kitaran hidup kakitangannya, dari peringkat pengambilan kerja sehingga bersara. 

 

Ini merangkumi menguruskan pengambilan, permulaan kerja, penilaian prestasi, hubungan kerja, pelan penggantian, ganjaran dan penamatan kerja, dan pada masa menyepadu dengan ADA Careers dan laman LinkedIn.

 

 

ada
                                         JAYANT PALETI

 

 

Pengasas Bersama Darwinbox, Jayant Paleti pula berkata, berdasarkan siapa mereka dan rumusan digital yang mereka tawarkan, ADA jelas memahami kepentinggan pendigitalan. 

 

Beliau berkata, platform teknologi HR mereka dibina untuk pengguna akhir, sama ada profesional HR atau kakitangan memastikan guna pakai yang tinggi bermula daripada permulaan. 

 

"Sistem kami yang komprehensif memberikan ADA kelebihan tambahan daripada segi sistem tunggal meliputi kesemua sembilan perkara di dalam operasi HR, dan secara cekap memenuhi keperluan kakitangan biasa di dalam syarikat," katanya.

 

Darwinbox menyediakan perkhidmatan kepada perusahaan utama di Asia Tenggara seperti Gokongwei Group (dulunya dikenali sebagai JG Summit) Aviva Singlife, SBS Transit, Adani Singapore, Tokopedia, Carousell dan organisasi Malaysia seperti Al Rajhi Bank Malaysia, MIDF, Fave, Healthmetrics. 

 

Baru-baru ini Darwinbox menjadi Unicorn dan disokong oleh entiti antaranya seperti Salesforce Ventures, Sequoia Capital, dan Endiya Partners. - DagangNews.com